PENGIKUT

Wednesday, September 26, 2012

Oppsss


Muahaha.. Lawak ada, kesian pun ada tengok gambar ni. Lain kali nak pakai baju tu biarlah labuh sikit supaya tak jadi macam ni.

Adohai, nak bawak kereta pun tak aman macam ni.. Hahaha

Tuesday, September 25, 2012

Tukar Kerja Lagi?


Fenomena bertukar kerjaya? Ntah la, inilah masalah terbesar dalam hidup aku rasanya setakat ini. Dah dapat kerja, rasa tak sesuai aku blah saja.



Sebenarnya aku bersyukur kerana di saat orang lain nampak seperti susah mendapatkan kerja, tapi aku diberikan rezeki untuk bekerja. Tidak susah sangat sebenarnya asalkan kita berdikari dan tidak terlalu memilih.

Menyusuri hari-hari berlalu dalam kehidupan ini sebenarnya membuatkan aku mengakui bahawa dugaan pada setiap insan adalah berbeza-beza. Mungkin aku diduga dari segi kerjaya. Sebenarnya, aku sendiri keliru dengan apa yang betul-betul sesuai di jiwa.

Bermulanya pertengahan tahun ini kerjaya aku di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal. Dengan tekad aku sertai kursus dari awal sehingga habis ujian kelayakan. Tapi malangnya rasa tawar hati menjelma tiba-tiba. Puas aku rayu hati ini untuk terus sabar tapi tak terdaya.

Bukan atas rasa memilih kerja menyebabkan aku nekad berhenti tapi rasanya ganjaran yang diberikan oleh pihak mereka sememangnya tidak mencukupi untuk seorang insan yang mempunyai komitmen hutang yang perlu dibayar setiap bulan sepertiku. Belanja yang aku perlukan adalah lebih besar dari itu!

Mak, maafkan anak mak yang seorang ini. Gagal lagi untuk mengotakan janji mencurah bakti. Tak mengapa, pasti ada rezeki yang lebih baik untuk kita. Doakan saja mak!